Business Idea Competition



-->
SYARAT & PERATURAN

PERTANDINGAN IDEA PERNIAGAAN SEMPENA
PROGRAM GERAK USAHAWAN 2013
________________________________________________________________________
1.              SYARAT PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada dua puluh dua  (22) IPTA di Malaysia dan  setiap kumpulan bagi setiap IPTA hanya terhad kepada 5 orang pelajar sahaja.

2.              JENIS PERNIAGAAN

2.1           Semua sektor dan industri perniagaan.

2.2           Perniagaan secara online, pernigaan dalam industri informasi, komunikasi & teknologi adalah digalakkan.


3.              SISTEM PERTANDINGAN

3.1           Pertandingan idea perniagaan ini adalah berdasarkan kepada perniagaan yang boleh menghasilkan nilai tambah yang tinggi kepada pasaran khusus, baru atau pasaran yang berpotensi untuk diterokai.

3.2           Idea Perniagaan perlu kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.

3.3           Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada poster idea perniagaan yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

4.              PANEL PENILAI

4.1           Panel penilai pertandingan ini terdiri daripada dua (2) orang sahaja yang akan menilai hasil Idea Perniagaan yang dibentangkan.

4.2           Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.

5.              FORMAT IDEA PERNIAGAAN

5.1           Profil Pemohon/Usahawan/Syarikat

5.2           Pengenalan Projek

5.2.1      Jenis Perniagaan Yang Diceburi
5.2.2      Produk/Perkhidmatan Yang Ditawarkan
5.2.3      Faktor Pemilihan & Potensi Perniagaan
5.2.4      Kewangan (Kos Projek/Unjuran Tunai untuk 1 Tahun)

5.3           Idea Perniagaan mestilah ringkas dan padat yang tidak melebihi 1 muka surat poster bersaiz A3.

5.4           Idea Perniagaan boleh disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

5.5           Idea Perniagaan hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy Poster Size A3 dan softcopy hendaklah diemelkan ke pgu2013@unimap.edu.my pada atau sebelum 2 Mac 2013 (Sabtu).


6.         KRITERIA PEMARKAHAN
Pemarkahan yang diberikan oleh panel penilai adalah berdasarkan kriteria berikut :

6.1           Idea Perniagaan :  20 markah
Idea Perniagaan yang dibentangkan haruslah karya asal anda, tulen dan unik serta masih belum dibentangkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.

6.2           PERSEMBAHAN POSTER : 30 markah
Persembahan poster terbahagi kepada dua penilaian iaitu kreativiti poster dan penyampaian maklumat yang berkesan, ringkas dan padat untuk menerangkan Idea Perniagaan maisng-masing.

6.3           PENGISIAN IDEA PERNIAGAAN : 40 markah
Pengisian Idea Pernigaan haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
6.3.1      Aspek Pemasaran
6.3.2      Aspek Pentadbiran Organisasi
6.3.3      Aspek Operasi
6.3.4      Aspek Kewangan (Jangka Pendek + Jangka Panjang)
6.4           KEBOLEHLAKSANAAN : 10 markah
Idea Perniagaan yang dibentangkan haruslah mempunyai peluang yang tinggi untuk dilaksanakan dalam pasaran industri dan mampu berdayasaing.




7.         HADIAH
Tempat Pertama – RM500 Wang Tunai + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua – RM300 Wang Tunai + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga – RM100 Wang Tunai + Sijil Penyertaan
Saguhati – Hamper RM50 x 4 kumpulan + Sijil Penyertaan
**Semua peserta Pertandingan Idea Perniagaan akan diberi Sijil Penyertaan PGU2013.          

** Borang pengesahan kehadiran boleh di hantar melalui :
            Puan Siti Norwahida binti Shukeri.
            Jawatankuasa Pertandingan Idea Perniagaan PGU 2013,
            Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan,
            Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
            Taman Pengkalan Jaya,
Jalan Tuanku Syed Putra,
            01000 Kangar, Perlis.
Tel       : 04 – 979 7720 / 019- 476 5247
Faks     : 04 – 979 7708
            E-mail : sitinorwahida@unimap.edu.my atau pgu2013@unimap.edu.my


   SEBELUM 27 Februari 2013.