SYARAT & PERATURAN
PERTANDINGAN PIDATO
TEKNOUSAHAWAN SEMPENA
PROGRAM GERAK USAHAWAN 2013
________________________________________________________________________
1.
SYARAT PNYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada dua puluh dua (22) IPT di Malaysia dan terhad kepada 1 (satu) peserta sahaja bagi
setiap IPT.
2.
TAJUK PIDATO
2.1
Usahawan Malaysia di pentas
dunia.
2.2
Teknousahawan melahirkan
usahawan berinovasi, kompeten dan berdaya saing.
2.3
Malaysia
sebagai Hab Makanan Halal Antarabangsa.
2.4
Inovasi dan Kreativiti dalam
perdagangan asas kemajuan negara.
2.5
Usahawan glokal berminda
global.
2.6
Kestabilan ekonomi teras
kelestarian pembangunan negara.
2.7
Pembudayaan keusahawanan di
IPT menambah nilai dalam memartabatkan pengajian tinggi negara.
3.
SISTEM PERTANDINGAN
3.1
Penentuan
tajuk adalah melalui pemilihan pemidato sendiri berdasarkan kepada tajuk pidato
yang diberi pada Para 2. Seorang
pemidato haruslah bersedia dengan dua tajuk sebagai persediaan jika terpilih ke
pertandingan akhir.
3.2
Pemenang
akan ditentukan berdasarkan kedudukan mata tertinggi.
4.
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN
4.1
Pemidato diberikan masa selama
7 minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.
4.2
Loceng pertama akan dibunyikan
sekali satu minit sekali sebelum masa tamat dan loceng kedua akan dibunyikan
setelah waktu tamat.
4.3
Penyampaian dan hujah akan
disampaikan selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diambil kira untuk
tujuan pemarkahan.
4.4
Pemidato yang membaca nota
atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.
4.5
Kritikan terhadap isu-isu
sensitif mengenai agama, bangsa dan budaya atau keperbadian seseorang adalah
dilarang.
4.6
Penggunaan bahasa dan tutur
kata yang kurang sopan juga dilarang sama sekali.
4.7
Pengerusi berhak menegur
pemidato yang melanggar peraturan ini.
4.8
Pemidato diwajibkan
menggunakan bahasa kebangsaan yang betul.
5.
PANEL HAKIM
5.1
Panel hakim pertandingan ini
terdiri daripada tiga (3) orang sahaja (diguna pakai untuk peringkat saringan
dan separuh akhir). Manakala untuk pertandingan akhir panel hakim terdiri
daripada lima (5) orang.
5.2
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD
6. PEMARKAHAN
Pemarkahan yang diberikan oleh panel hakim adalah berdasarkan kriteria
berikut :
6.1
ISI : 25 markah
Pengutaraan isi yang bernas, data – data dan bahan – bahan yang tepat serta
logik termasuk penghuraiannya.
6.2
BAHASA : 20 markah
Penguasaan bahasa yang baik ,jelas dan tepat (tatabahasa dan sebutan) serta
gaya bahasa yang berkesan, bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.
6.3
PENYAMPAIAN : 45 markah
Persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakonkan
penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.
6.4
ETIKA : 5 markah
Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif mana-mana kaum dan tidak berpelakuan
atau menuturkan kata-kata yang tidak sopan.
6.5
MARKAH BONUS : 5 markah
Markah bonus diberikan berdasarkan keseluruhan penyampaian yang
disampaikan.
Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama maka
untuk menentukan pemenangnya hendaklah mengambil kira peserta yang mendapat
markah yang tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan bahasa. Jika masih
juga mendapat persamaan kombinasi bagi isi, bahasa dan penyampaian dijadikan asas
penentuan.
7. HADIAH
Hadiah disediakan untuk pemenang bagi tempat Pertama,Kedua dan Ketiga serta
kepada Pemidato Liga Terbaik sahaja manakala peserta-peserta lain akan mendapat
sijil penyertaan.
**
Borang pengesahan kehadiran boleh di hantar melalui :
Puan
Siti Nor Junita Binti Mohd Radzi.
Jawatankuasa
Pertandingan Pidato Teknousahawan PGU 2013,
Pusat
Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan,
Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP),
Taman
Pengkalan Jaya,
Jalan Tuanku Syed
Putra,
01000
Kangar, Perlis.
Tel : 04 – 979 7737 / 012 – 581 8115
Faks : 04 – 979 7708
E-mail : sitijunita@unimap.edu.my atau
hafizahrahim@unimap.edu.my
SEBELUM 26 Februari 2013.